Biografi Jamie Foxx

Awal hidup

Eric Marlon Bishop lahir di Terrell, Texas pada 13 Disember 1967[2] kepada Darrell Bishop (nama Islamnya: Shahid Abdula[3]) yang bekerja sebagai seorang broker saham dan Louise Annette Talley Dixon. Eric kemudiannya diambil sebagai anak angkat kepada ibu bapa angkat ibunya sendiri Esther Marie (Nelson), seorang pembantu rumah, dan Mark Talley, seorang tukang kebun[4][5][6] - nenek angkatnya dikatakan beliau sebagai pengaruh besar ke atasnya;[5][7] beliau sendiri tidak berhubung dengan ibubapa kandungannya pada ketika ini.[8] Beliau dibesarkan ketika kawasan tersebut diasingkan mengikut kaum oleh pemerintah setempat pada ketika itu.[9]

Eric mula bermain piano semasa berusia lima tahun.[10]

Kerjaya lakonan awal